BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Cinta Kepada Allah.

assalamualaikum. hari ni saja dah 2 kali aku post. ok, tajuk aku pada hari ni adalah seperti yang ditulis pada "post title". sejak-2 ni, aku tengok ramai remaja sebaya aku boleh dikatakan semua yang ada pasangan masing-2. mungkin anda semua tertanya-2 apakah saya mempunyai pasangan? memang pernah. sewaktu aku menuntut di tingkatan satu dan tingkatan tiga. dan hubungan kami putus selepas lama kami "bercouple". aku berfikir sejenak ketika melihat rakan-rakan aku yang lain yang sedang asyik bercinta sedangkan SPM hanya berbaki 3 minggu lagi. dan ada diantara rakan-rakanku yang sanggup bertengkar sesama sendiri kerana cinta monyet. aku sedih mereka sering mengagungkan cinta terhadap manusia sedangkan mereka tidak menitikberatkan tentang cinta kepada Allah SWT. 
cinta kepada Allah merupakan cinta yang kekal abadi buat selama-lamanya berbanding dengan cinta sesama manusia. manusia kini hanya mementingkan nafsu semata-mata dan memandang remeh terhadap hukum Allah. dan jika cinta kepada Allah diabaikan, inilah yang akan jadi dan telah terjadi dalam kalangan masyarakat kita.

mahukah anda melihat pembuangan bayi ini berleluasa? mencegah lebih baik dari merawat. assalamualaikum.

0 comments: